Thursday, September 24, 2009

SEJARAH KAMPUNG

Sejarah awal Kampung Padang Temusu di percayai bermula dala tahun 1810 setelah dua bersaudara iaitu Tok Salam dan Tok Salimin membuka penempatan mereka disini. Sehingga pada masa sekarang penduduk kampung ini mempunyai hubungan persaudaraan hasil daripada jalinan dua beradik tersebut.

Nama kampung ini pula diambil sempena nama sejenis pohon iaitu Pokok Temusu yang banyak terdapat disini ketika di awal penerokaannya.

Kampung Gerakan Daya Wawasan(GDW) Padang Temusu terletakdidalam pentadbiran JKKKP Guar Perahu dan Qaryah Masjid Padang Ibu dan 8 km.dari Bandar Bukit Mertajam.Terletak di kawasan pertanian dikelilingi kawasan sawah padi. Semua pentadbiran pembangunan kampung ini ditadbir oleh Jawatankuasa Pembangunan Kampung dan Surau Padang Temusu.

No comments:

Post a Comment